Jumaat, 21 Ogos 2009

Iktibar Allah haramkan Babi

Penyakit bawaan daripada babi iaitu influenza A(H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi,yang tersebar melalui partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.
Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah(berat) yang mana membabitkan seluruh bahagian badan haiwan tersebut. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan diri daripada tersentuh atau menyentuh kedua-dua haiwan ini.
Ilmu perubatan moden mengakui barangsiapa yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita,kulit berbintik,sakit sendi dan sebagainya. Badan babi mempunyai virus yang berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis,virus West Nite Incephalitis,resicular stomatis,penyakit kuku dan mulut serta radang hati.
Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasulNya.
Firman Allah yang bermaksud:"Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih."(al-Mukminun:52)
Islam menyarankan umatnya agar menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit.
Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging babi dan daging haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah."(al-Baqarah:173)
FirmanNya lagi yang bermaksud: "Wahai manusia! Makanlah daripada makanan yang halal dan baik yang terdapat di bumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh syaitan itu musuh yang nyata bagimu."(al-Baqarah:168)
Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam diseru agar sentiasa menjaga kebersihan walau di mana berada.
Makanan halal yang seimbang sangatlah dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukkan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan.
Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam erti kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firmanNya yang bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas."(al-A'raf:31)

wALLAHu a'lam..moga memberi manfaat..

Ahad, 3 Mei 2009

Nikmat hakiki Bala hakiki

Umumnya apabila manusia itu diberi kesihatan,kekayaan,nama,jawatan,rupa paras yang menarik dan sebagainya,maka ini dikatakan nikmat.Namun apabila manusia menghadapi penyakit,kemiskinan,kehinaan,rupa paras yang jelek(tidak menarik) dan sebagainya,maka ini dikatakan kesusahan atau lebih tepat lagi bala.Manusia menganggap nikmat itu positif dan bala itu negatif.Nikmat itu disukai dan sangat dicari manakala bala itu dibenci dan jika boleh ingin dielakkan sama sekali.
Persoalannya apa benar nikmat itu adalah suatu nikmat? Dan benarkah bala itu adalah bala hingga kita teramat-amatlah benci padanya? Jika dikaji dan diteliti dengan sebaiknya,pada nikmat itu ada balanya dan begitulah sebaliknya.Jika tidak dihandle dengan baik maka nikmat dengan sekelip mata menjadi bala dan begitu juga sebaliknya.Di sini jelaslah bahawa nikmat lahiriah itu tidak semestinya berakhir dengan nikmat yang hakiki dan bala itu tidak semestinya berakhir dengan bala yang hakiki.
Setiap ujian sama ada ujian nikmat atau ujian bala itu ada tuntutan-tuntutannya.Kalau kita diberi nikmat maka hendaklah kita bersyukur. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"...Dan Allah akan memberi balasan kepada orang_orang yang bersyukur." (Ali-Imran:144)
Manakala jika kita ditimpa bala hendaklah kita bersabar.Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"...Bersabarlah! Sesungguhnya Allah berserta dengan orang yang bersabar" (Al-Anfal:46)
Oleh yang demikian,bagaiman kita menangani kedua-duanya adalah lebih penting.Dipendekkan cerita,kita haruslah ubah mind set kita agar tanggapan kita balance terhadap keduanya yakni dengan mempositifkan keduanya.Kita mestilah senantiasa berbaik sangka terhadap-Nya.Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada hamba-hamba-Nya.
Apabila dikuniakan nikmat, haruslah kita bersyukur dan sentiasa berusaha menggunakan nikmat itu untuk mencapai redha dan cinta daripada-Nya.Begitu juga dengan bala,anggaplah ianya sebagai pukulan dari Allah kepada kita kerana pukulan itu adalah tarbiah dan didikan yang tinggi.Ia adalah jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri danmendekatkan diri kepada-Nya.Selain itu juga ,pukulan itu adalah bertujuan untuk kita menginsafi diri,rendah diri dan tawwadhuk.Itulah juga tujuan kita bersabar.Orang yang bersabar itu bighairi hisab iaitu memasuki syurga tanpa di hisab.Sesuai dengan firman Allah SWT:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan diberikan pahala untuk mereka tanpa kira-kira."(Az-Zumar:10)
Tuntasnya, jika kita ingin bertuhankan Allah,haruslah kita menerima nikmat dan bala dari Allah dengan cara yang Allah kehendaki.Allah berfirman dalam hadis Qhudsi yang maksudnya lebih kurang:
"Kalau Aku beri kamu nikmat,kamu tidak mahu bersyukur. Dan kamu Aku uji dengan kesusahan,dan kamu tidak mahu bersabar.Maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Aku ini dan carilah Tuhan yang lain selain Aku."




Sabtu, 2 Mei 2009

Assalamualaikum wrt.wbt.

Harap maaf kerana sudah lama empunya blog ini tidak mengupdate blog beliau....insyaAllah hari ini akan ada sedikit ilmu yang ingin dikongsi bersama kalian dan pastinya ramai yang ternanti-nanti akan post baru dari blog ini...selamat berkunjung dan selamat membaca...semoga kalian semua dapat manfaat dari blog ini....

Rabu, 4 Februari 2009

  • Sedarlah bahawa Allah SWT adalah pencipta alam semesta serta segala isinya termasuklah kita(manusia) Allah SWT berfirman yang bermaksud:Sesungguhnya dalam penciptaan langit bumi, dan silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda atau bukti-bukti adanya Allah SWT.(Ali-imran;190)lagi dalam firmannya yang ertinya:Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang kejadian mereka sendiri?(agar mereka mengethui bahawa) Allah SWT tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan tujuan yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara n\manusia benar-benar engkar akan menemui Tuhannya.(Ar-rumm;8)

Rabu, 21 Januari 2009

SYIRIK(kesesatan yang nyata,dosa tidak akan diampun)

assalamualaikum wbt...

Seluruh risalah Nabi dan Rasul berintipatikan tauhid. Mereka menyeru manusia ke arah mengesakan Tuhan(Allah SWT). Mereka(Nabi dan Rasul) yang mulia itu sentiasa menyeru untuk manusia(umat pada zaman masing-masing) ke arah hanya beribadat dan menyembah Tuhan yang Esa.
Rasul dan Nabi yang mulia,sentiasa menentang syirik atau perbuatan mempersekutukan Allah SWT dengan apa juga. Malah utgas mereka yang utama ialah membasmi syirik dalam apa jua bentuk serta ragam yang menyebabkan manusia jauh daripada Allah SWT.
Apabila zaman berubah maka bentuk syirik juga turut berubah tetapi asasnya, mempercayai selain daripada Allah SWT yang menyebabkan kerosakkan akidah.
Syirik berasal daripada perkataan syirka yang membawa erti mengambil bahagian atau mengikut sertakan. Menurut syariah, syirik memberi erti kemusyrikan atau pemujaan berhala dan lawan syirik ialah tauhid.
Tauhid adalah penolakkkan secara menyeluruh terhadap segala rupa bentuk mempersekutukan sesuatu dengan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Katakanlah; sesungguhnya Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan dengan Allah." (Surah al-Anjaam, ayat 19)
Syirik adalah dosa besar seperti yang di terangkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia telah membuat dosa yang besar." (Surah an-Nisa,ayat 48)
Syirik juga adalah lambang atau petunjuk kepada kesesatan seseorang. Malah, syirik adalah suatu kesesatan yang paling jelas dan nyata.Mereka yang syirik begitu jauh dengan tauhid(kebenaran).
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan siapakah yang labih sesat daripada orang yang menyembah selain daripada Allah yang tiada dapat memperkenankan (doanya) sampai hari kiamat dan mereka lalai (memperhatikan doa) mereka." (Surah al-Ahqaaf,ayat 5)
Semua dosa akan diampunkan Allah SWT, kecuali dosa syirik seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "sesungguhnya orang yang menjadikan anak lembu(sebagai sembahannya),kelak akan menimpa ke atas mereka kemurkaan Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang yang membuat-buat pembohongan." (Surah al-A'raf, ayat 152)
Dan paling menyedihkan barang siapa yang syirik pada Allah SWT tidak akan dapat masuk syurga seperti firman Allah SWT yang ada dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 72 yang ertinya:"sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu, pasti Allah mengharamkannya syurga, dan tempatnya neraka."

wALLAHu a'lam..moga bermanfaat..selamat beramal..insyaALLAH

Selasa, 13 Januari 2009

SIHIR!!!
DEFINISI...
Suatu kesepakatan di antara ahli sihir dan syaitan di mana si ahli sihir akan melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau beberapa kemusyrikan sebagai balasan di atas bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya dan bersangkutan dengan hal-hal yang diinginkannya.
CARA PENDEKATAN(antara ahli sihir dan syaitan)...
1. Mushaf (Al-Quran) dijadikan alas kaki untuk masuk ke tandas.
2. Menulis ayat Al-Quran dengan kotoran,najis atau dengan darah haid
3. Menulis ayat Al-Quran di tapak kaki.
4. Menulis surah Al-Fatihah secara songsang.
5. Menunaikan solat tanpa wudhuk atau masih dalam keadaan junub.
6. Menyembelih binatang tanpa bismillah untuk dipersembahkan kepada syaitan.
7. Menggauli ibu atau anak perempuannya(pengamal sihir).
8. Menulis jampi-jampi dengan lafaz-lafaz yang mengandungi kekafiran.

Di sini terbuktilah bahawa jin tidak akan menjadi pembantu kepada ahli sihir kecuali ada upah(imbalan).
Ketaatan dan kecekapan syaitan terhadap ahli sihir itu akan lebih advanced seandainya kekafiran ahli sihir itu tinggi.
Syaitan tidak akan menuruti perintah ahli sihir jika kemahuannya tidak dituruti.Maka terbukti di sini sebenarnya syaitan lebih berkuasa.
Barang siapa yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh kesengsaraan jiwa.Individu yang mengamalkan sihir tidak dapat tidur dengan tenang,bahkan sentiasa cemas memikirkan bahawa syaitan-syaitan sering menyakiti isteri dan anak-anaknya serta menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.Maha haqq Allah berfirman yang bermaksud;
"Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit,dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"


Rabu, 7 Januari 2009

RINTIHAN HAMBA...

Maafkan aku Ya RABB
Kerana selalu ingkar kepadaMU
Namun apa dayaku
Aku insan yang begitu kerdil
Tidak tahan dengan hasutan syaitan

Wahai penciptaku
Ku mohon padaMu
Agar diberi petunjuk
Untuk menangkis segala hasutan
Supaya aku sentiasa di jalan yang ENGKAU redhai

Ya Allah
Bantulah hambaMU ini
Kerana dengan izinMU jua
Ku dapat melawan serta mempertahankan diri
Daripada bisikan asmara
Dari syaitan yang ENGKAU laknati

Duhai penciptaku
Janganlah ENGKAU lahirkan perasaan hasad dalam diriku
Kerana hasad adalah
Perasaan yang bisa merobek imanku
Perasaan yang mampu menganiaya orang lain
Perasaan yang boleh menjadikan aku anak yang derhaka pada orang tuaku
Dan perasaan yang membuatkan aku tidak mengenaliMU

Ya RABB
Jadikan aku hambaMU yang beriman
Jadikan aku anak yang menurut kata orang tuaku
Jadikan aku insan yang berguna pada agamaku
Jadikan aku orang yang sentiasa bersyukur atas segala nikmatMU
Serta sentiasa mengingatiMU
Agar aku bisa berdampingan dengan kekasihMU
Yakni rasul junjungan Nabi Muhammad SAW di syurga yang abadi...

Maka
Aku mohon agar diperkenankan
Permohonanku ini...

Selasa, 6 Januari 2009

assalamualaikum...wbt
salam tahun baru 1430H dan tahun baru 2009. semoga azam untuk tahun ini tercapai dengan jayanya...
giliran PMR sudahpun berlalu,kini SPM pula menanti giliran...

kasih sesama saudara

Sesungguhnya ALLAH itu maha sempurna,tiada cacat celanya.Namun mengapa tiada rasa kesyukuran dalam hati setiap insan,sedangkan telah dilimpahi berbagai nikmat daripadaNYA tuhan semesta alam.
Dan mengapa tiada rasa kasihan pada saudara sendiri,padahal tahu akan hikmatnya andai membantu orang yang dalam kesusahan,apalagi saudara sendiri...
Andai ditakdirkan kita yang di dalam kesusahan dan kita tiada siapa yang membantu.mungkin tika itu baru kita hendak merayu pada saudara mara supaya membantu kita supaya dapat bangkit semula dan tika itu baru kita akan ingat pada yang kuasa,yang maha mencipta.dan tika itulah kita akan menyalahkan orang lain sedangkan segalanya telah tertulis di loh mahfuz tentang takdir sendiri.dan tika itulah kita baru sedar bahawa itu balasan kerana tidak membantu orang yang kesusahan suatu ketika dahulu...
Ayuhlah saudaraku jangan malu dan jangan segan bantulah saudara kita yang dalam kesusahan,contohnya di Palestin yang hingga kini di jajah oleh israel,orang-orang yahudi.Tidakkah kalian kasihan melihat saudara sendiri dianiaya...
sekurang-kurangnya titipkanlah doa untuk mereka kerana doa itu senjata orang-orang mukmin!!!