Sabtu, 27 April 2019

2019 dah..fuhh~

assalamualaikum wbt.

Tahun sekian kalinya membuka lembaran baru, ana cuba untuk tidak senyap dari dunia blogger meskipun mungkin hanya akan update setahun sekali. Allahu, tersangatlah tidak terkejar untuk berceloteh di sini. Hmm...

alhamdulillah, sebelumnya ana pernah kata ana sedang menyambung pelajaran bidang ana sekarang(makmal perubatan) secara jarak jauh(pjj). so basicly, ana sekarang bergelar pekerja dan pelajar. siyes, penat weyh kehidupan beginihh. tapi demi secangkir ilmu. moga lancar setiap urusan. ouh, ana dah masuk 2nd year sem 2. setahun ada 3 semester. which 2 long sem, 1 short sem. sekarang ana dh masuk long sem. since ana masuk sept 2017. so, semester ana start jadi long, long, short untuk complete 1 year. last post ana pun masa ana year 1 sem 1..adehh~

alhamdulillah, sem 5 ni ana dh start untuk buat thesis proposal. tak sabar nak grad sebenarnya. ana punya perancangan nak minta transfer after grad..insyAllah. moga lancar la segala urusan pengajian. mohon tembakan doanya.

ana menaip ni time ana tengah oncall. hmm, kebetulan sample tgh slow.

2019, klu ikut tahun ni. umur dah nak mencecah penghujung 20an. ramai yang tanya bila nak tamatkan zaman bujang. ramai junior(adik2) dh naik level dh, hahah. ana xboleh nak bagi jawapan since ana semacam tengah serabut dengan kehidupan sedia ada(bole tak jawapan macam nih?)..hahaha..
ana tengah fokus nak habiskan study, since sdn bhd punya. xda sponsor atau loan untuk study, so ana kena pulun oncall la juga nak bayar yuran pengajian.
soal jodoh tu, ana put aside dulu. walaupun ana target juga tahun ni nk tamatkan zaman bujang. tapi calon pun xda lagi. mungkin masih tengah prepare diri nak jaga seketul Hafizah ni..hahaha.

apapun, tak lama lagi ramadhan datang.
kali ni rasa macam takut nak menghadapi bulan ramadhan. tak tahu lah apa perasaan nih. maybe ana tidak bersedia apa pun lagi. huhu.

tetap ana rindu sosok diri ana yang dulu. dalam hal macam nih sangat rindu dengan diri sendiri.

anyway, moga hari2 yang akan mendatang memberi khabar baik. baik dari ana ataupun antum.

wAllahu a'lam.

doakan moga Hafizah sentiasa di jalan yang benar.

Isnin, 26 Februari 2018

Daurah Iftitah 2.0

Assalamualaikum wrt..

Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana tempuhi buat kesekian kali.

daurah iftitah 2.0. ni bagi ana sebab dah join 2 kali. hehe. pengisian yang berbeza setiap kali dimana setiap pengisian adalah perihal kepentingan untuk berdakwah tanpa henti. program ni berlangsung 2 hari semalam.
Alhamdulillah, ana rasa sangat bersyukur hakikatnya kerana terpilih menyertai daurah kali ni. *sebenarnya ada banyak lagi cerita lain, tapi buat masa ni semacam ana lebih tertarik untuk berkongsi sedikit sebanyak kejadian sepanjang program. hoho😅*

roughly perjalanan program;
1. taaruf/ice breaking (spiderweb)
2. slot 1(fiqh keutamaan)
2. slot 2(almunthalaq)
3. ldk 1 (perancangan takwim 2018)
4. ldk 2 (amali medan DF)

kesimpulan dalam setiap aktiviti bagi ana sangat memberansangkan. hee.
Spiderweb:
Peserta duduk dalam 1 bulatan, segulung benang menjadi pemula. pemula yang memegang segulung benang akan memperkenalkan diri terlebih dahulu. kemudian, membaling gulungan benang ke arah bertentangan. setelah habis permainan, terbentuk la spiderweb(walaupun x berapa ada rupa.)
kejadian sepanjang permainan:
1. peserta yang seterusnya hendaklah mengulang maklumat orang sebelumnya baru boleh memperkenalkan diri.
2. sepanjang permainan juga, setiap orang saling membantu untuk mengingat maklumat2 para sahabat. jadinya, permainan berjalan lancar.
3. akhir sekali penghujung benang kembali kepada pemula dan dia akan mengulang semula maklumat semua sahabat. dengan bantuan arah tuju benang maka laluan tidak bercelaru dan maklumat tidak bersepah.hahah.

pengajaran:
1. ukhuwwah itu ibarat sarang labah2, kuat dan teguh. sangat rapat dan saling berkait antara satu dengan lainnya
2. para sahabat saling bertolong bantu: maksudnya di setiap perjalanan yang penuh mehnah ni, ada saja dugaan namun setiap dugaan itu ada saja penyelesaiannya sebab kita bukan bersendirian. tambahan, menyeru erti surah al Asr, saling ingat mengingati antara satu sama lainnya.
3. menunjukkan perjalanan spiderweb itu tidak bercelaru meski setiap unjuran benang adalah berselirat.
4. apapun, aktiviti ini sangat baik untuk membantu para sahabat yang sering mudah terlupa siapa sahabat. hahah

Fiqh Keutamaan( Dr Yusof al Qardawi):
kesimpulan yang tersimpul is, kita sebagai daie harus membuat pilihan mengikut neraca keimanan dan syarak. keutamaan yang harus diutamakan.
1. diantara yang baik dengan baik haruslah memilih yang terbaik diantaranya.
2. diantara yang buruk dan yang lebih buruk
3. diantara yang buruk tapi memberi kebaikan yang lebih dan yang baik tapi hanya sementara.
Dan banyak lagi. misal contoh, antara usrah dan perjumpaan biro dakwah. mana yang lebih awla.

"Utamakan yang lebih utama"

Al-Munthalaq(langkah bermula):
perbincangan hanyalah sehingga bab 4
bab 1: kita menolak al hawa. kesimpulan; dalam dakwah kita harus tidak melibatkan kepentingan diri. misalnya, melaksanakan amal kerana inginkan baitul muslim(berjumpa jodoh yang baik). biarlah setiap amalan kita hanyalah kerana ALLAH, jika kerana yang lainnya silalah perbetulkan sekarang. hoho.
bab 2: hanya gerhana bukan tenggelamnya matahari. kesimpulan; setiap kejahilan yang terjadi di muka bumi seperti serangan pemikiran, kefahaman yang lemah, dan apa-apa yang bersifat keduniaan dan takut mati ini hanyalah sementara. seperti juga gerhana(hanya sementara). Islam itu pasti akan bangkit dan bersinar kembali. 
bab 3: golongan baik yang dibinasakan. kesimpulan; sebenarnya banyak orang yang baik di dunia ni. sebagaimana fitrah manusia semuanya inginkan kebaikan. namun dalam bab ni golongan baik yang dibinasakan adalah golongan yang tidak mahu menyebarkan dakwah yang mana hanyna menyimpan untuk mereka sendiri. wALLAHu a'lam, ada banyak persepsi untuk bab ni. ana masih nak hadam. huhu.
bab 4: kewajiban dakwah dijalan ALLAH. betapa pentingnya kita faham tentang maslahat ummah yang tengah tenat. selalu laungan kata2 motivasi 'jika bukan kita siapa?, jika bukan sekarang bila? jika bukan di sini dimana?. kerana setiap insan itu adalah seorang daie maka seharusnya beria-ia dalam melaksanakan amal dakwah dijalan ALLAH. moga tertegaknya kalimah ALLAH di muka bumi. imanu bIllah wal jihadu fi sabilillah!..

maka, itulah dia almunthalaq. segala titik tolak permulaannya, moga tidak futur. bacalah berulang2 kali, sungguh kitab ini tidak tenggelam dimamah zaman.

Perancangan takwim:
lebih kepada perangkaan aktiviti yang akan berlaku sepanjang tahun untuk memperkasakan lagi kekuatan dalam jalan dakwah ini. bi iznILLAH..

Amali DF
perlaksanaan di medan. kerana dalam setiap proses dakwah itu sangat perlu suatu peringkat iaitu proses tajmik.

overall. begitulah. menerapkan 10 muwasoffat tarbiah dalam tajmik. yang bukan sahaja mensejahterakan jasmani tapi termasuk sekali dengan rohani yang sihat.

moga thabat💪💪💪