Khamis, 25 Disember 2008

IBU...

Mentari masih di ufuk timur
Kokokan ayam bersahut-sahutan
Tika itu
Ada seorang wanita
Dengan penuh rasa rela
Menyelak selimutnya
walau dingin subuh masih menggigit tubuh

Dialah ibuku
Si permata hati
Kewajipan serta baktinya
Lebih tinggi daripada segunung intan
Lebih berharga daripada selautan mutiara

Namun mampukah aku
Melakukan perkara yang serupa terhadapnya
Sedang aku masih lagi di sini
Menggapai secangkir ilmu
Demi cita-cita yang suci

Ibu
Corak indah yang kau ukir
Dan kau hiasi dengan warna warni
Di atas kain putih
Ibarat aku
Yang kau dewasakan
Bersama harga idri

Ibu
Kupohon doa serta restumu
Agar dapat aku membalas
Segala jasamu...

Hari Lahir

Salam......
Esok(25/12/08)genap 17 tahun umur kita........malah esok juga berlangsungnya
hari Natal.Dan malam ini semua penganut agama kristian menghitung detik jam menanti kemunculan hari esok.AHAK;) jangan silap bukan hari natal yang mahu di nyatakan......Hari Lahir.........
merupakan tanda kebesaran bagi setiap individu.namun ia juga sebagai tanda peringatan kepada manusia terhadap mati dan peringatan supaya setiap manusia menambah amalan mereka demi redha Illahi...hmm ini cuma pendapat kita...tapi bagi kita hari lahir sebenar-benarnya merupakan hari kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk menambah amalan yang masih kurang ini.

hidup................InsyaAllah
mati itu pasti!


wassalam..........;)