Jumaat, 4 November 2016

Road to JTMP U29

Bismillah...
Assalamualaikum
Alhamdulillah, nikmat tidak terhingga yang ALLAH kurniakan dah tiga tahun tiga bulan seminggu. Okay, hutang banyak benda. So, tak mahu cakap banyak. Biarlah gambar yang berbicara sepanjang tiga tahun ni okeh. Bermula dari perjalanan budak hingusan.
the last batch ROTU Air Force UITM Samarahan. Maka bermulalah perjalanan sebagai insan yang akan berkhidmat dalam bidang perubatan setelah pengajian di UiTM tidak sempat ditamatkan. Fuhh, gambar ni sangat kenangan.

Di pendekkan cerita, ni adalah sebahagian classmate. Semester 5(2nd year). Jadi budak praktikal selama setahun. bergambar bersama Local Preseptor(LP) pada hari terakhir praktikal. Dan setelah tamat belajar, nama negeri itulah our first posting. Tempat di mana kami akan berkhidmat.

last semester (3rd year). Kembali ke kandang sepenuhnya untuk final wave of study. Kami dan mikroskop berpisah tiada.

Kami bukan sekadar belajar. sama macam stuent lain. Dan kamilah juara itu. Heheh. Belajar jangan sampai lupa hak jasmani. aklu salim fi jismi salim. Dah la budak KKM.

foto boom bersama tenaga pengajar. Sangat salute dengan kesabaran mereka melayan karenah kami selama 3 tahun. Kami budak nakal yang tersangat nakal. hoho.
peace yaw. Day 2  "Program Transformasi Minda(PTM)". waktu ni group ana yang handle program. ni la orang2 yang terakhir tetiba rapat jadi geng last sem. eh. haha.

dan dengan berlalunya PTM, maka tiba pula masanya kami untuk melapor diri. Tanggal 1 Mac 2016. antara orang yang dapat tempat posting yang sama. alhamdulillah. JKN Pulau Pinang


Blood Film Malaria Parasite(BFMP). dan mulalah kerjaya sebagai JTMP di bahagian Mikrobiologi. Bfmp ni utk pemeriksaan malaria.

antara jenis sample dan bekasnya(transport media). sampel oncall sebegini banyak sudah dianggap disaster atau lebih faham, orang selalu panggil jonah.

take a rest for the workaholic stuff. kita ronda penang.

bila dah kerja, harusnya lebih sedar tentang simpanan emas. moga istiqomah.

dan akhirnya selepas 7 bulan di bahagian mikrobiologi seksyen bakteriologi, ana secara rasminya akan berkhidmat di bahagian makmal respiratori pula. sama dibawah kelolaan mikrobiologi cuma seksyen Tibi (Mycobacterium Tuberculosis). Kat  sini, kitorang akan proses sampel untuk jangkitan tibi dan menentukan ubat yang sesuai akan diambil oleh pesakit

Moga, setiap langkah ini adalah keranaNYA.

Baiklah, pastinya ada yang tertanya bagaimana jalan tarbiyah ana? (anggap la ada orang tanya).. heheh.

sepanjang pengajian ana akui ada saja yang dilakukan dan terlaksana.cumanya, insyaALLAH entri seterusnya ana cerita. mungkin tiga tahun lagi. hoho :P

sekadar coretan cerita perkhabaran anak perantauan si musafir jalanan.