Isnin, 6 Februari 2012

::SNSD


bismillah..
Assalamualaikum....
tuka mood g yang terawal...

story teller...
semalam Ummi kol ana...and ofkos x pernah sekejap...nang lamak..bukan x suka...tapi excited..hehealmaklumlah sempena maulid nabi...setiap kali perayaan la Ummi akan kol, x kesah CNY, gawai,raya haji,krismas(ofkos)...hehheSNSD???pa benda ya... grup penyanyi korea ya ka??bukan..bukan...SNSD here stand for... Solat Ngaji Struggle Doa...best kan...hehheUmmi x pernah lupak nk igtkan ana 4 hal tk bila on kol...sedari kecik, semenjak kenal huruf alQuran,bila start masuk asrama taun 4, and ofkos semenjak mumayyiz....Alhamdulillah.. ana panjatkan sebenar2 syukur kerana dikurniakan beliau sebagai Ibu..
first..
jaga lah solat..seperti yang terdapat dalam alQuran

"Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan."(QS.Ibrahim :31)

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji (zina) dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat lain) Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-‘Ankabut : 45)

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang tidak baik) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan."(Maryam: 59)

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh-kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya."(al-Ma’arij : 19-23)

begitu juga dalam beberapa hadis Rasulullah...
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu" [HR Attabrani]

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan" [HR Attabrani]

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur
seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. [HR Ahmad dengan sanad yang hasan]

2.jangan lupa ngaji lepas solat setiap yang dibuat,

"Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya.(maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini." [HR Abu Daud & Ahmad]

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada orang yang membacanya”

“Orang yang mahir dengan al-Quran bersama para malaikat yang mulia. Orang yang tidak mahir, membaca dengan bersusah payah akan mendapat dua pahala”

“Sesiapa yang membaca satu huruf al-Quran dia mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan diganda 10 kali. Aku tidak katakan alif lam mim satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.

3.buat sungguh2(struggle)

senang je...usaha tangga kejayaan...mana ada apa yang kita nak jatuh dari langit...btl x?..hehhe

4.doa banyak2...
Ummi suka suruh doa banyak2...bukan nak kata ana x bersyukur pada apa yang ada..tapi kan lebih baik kita meminta kepada ALLAH daripada meminta kepada manusia..

wALLAHu a'lam..moga bermanfaat...moga kita amalkan juga SNSD dlm kehidupan seharian..^____^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan