Rabu, 24 Januari 2018

Post Exam

Alhamdulillah ala kulli hal.

selamat pergi dan balik. perginya hujan renyai, balik pun hujan renyai. mujur setelah itu masih bercuti. 

first semester la katakan. ana ambil kos pengajian jarak jauh(pjj).
ada 4 subjek yang nak kena habiskan silibusnya dalam 5 kali kontak, lebih tepat 4hari setengah untuk setiap subjek. setiap subjek bukan cuma ada 4-5 chapter.. hmm..

Subjek:
1. Cell and Human Genetics
2. Anatomy and Physiology II
3. Technical English I
4. Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS)

Orang cakap, setiap subjek itu terasnya adalah pada peperiksaan akhir di setiap penghujung semester. Jujur, ana terasa juga bahangnya dengan perasaan yang masih belum dapat adapt keadaan pjj. ni adalah first experience kot. hahah. not bad  la perasaan ni. as a result, memang ana x la mengharapkan keputusan yang cemerlang gemilang dan terbilang first sem ni. first sem lebih kepada proses penyesuaian diri dengan keadaan baik bersama suasana pembelajaran dan juga ahli kelas. 

Perasaan cuak juga dengan final exam, sebab semua orang xnak fail. masa nak exam memang xtahu berapa carry mark(markah yang dikumpul sebelum final). bila lepas exam, lecturer pakat nak bagitahu. alhamdulillah, ada la harapan untuk lulus tu. huhuk.

cuti dari kuliah cuma sebulan. then masuk semester kedua. insyaALLAH semester yang akan datang ni, kena lah bersungguh2. cari group mate yang terbaik. 

cabaran untuk yang ambil kos pjj. hmm, masa adalah suatu cabaran yang paling genting.

mohon doanya~

Jumaat, 19 Januari 2018

welcome back!

Assalamualaikum wrt.

setelah sekian lama kan ana tidak berceloteh dan melawat ruang ini. ruangan sosialis yang paling legend bagi ana. seringkali ruang sosial yang dilawati hanyalah facebook, instagram, twitter(ana xaktif langsung twitter tp ada ja akaun cumanya password dh lupa) dan sebagainya.

ruangan yang sering buat ana klmj tentang erti kehidupan dan mengingatkan ana tentang azam dan janji ana pada diri sendiri. Allahu Allah. sedihnya bila terkenangkan😢😢.

jujur, ana sangat merindui suasana yang memberi inspirasi (siyes, memang kalau boleh xmok jadi orang besar. mok jadi biak2 jk.

Apa pun, dah masuk tahun baru. pejam celik pejam celik almost 2 tahun dah ana posting sebagai juruteknologi makmal perubatan. alhamdulillah telah sah jawatan.
almost 2 tahun juga ana berbakti dirantauan, entah bila akan kembali ke bumi lahir sendiri. hmm😕

achievement unlock!
apa yang ana maksudkan ialah tentang azam yang tersimpan di dalam dada setelah sekian lama. cita2 yang terpendam tidak terhingga.
alhamdulillah tsuma alhamdulillah. Allah itu maha pemurah dan penyayang!

23/9/2017 ana telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Unisel dibawah mode pengajian jarak jauh(PJJ). Actually, tak sangka boleh terpilih dan mendaftar secepat itu sebabnya dalam perancangan ana nak sambung study tahun ni(2018). sebab ana kira, saat itu nanti ana lebih kukuh sedikit. namun, wALLAHu khairul makirin😌. dan sekarang semester satu ingin melabuhkan tirai lalu peperiksaan juga menjelma. sejujurnya ana masih belum dapat adapt suasana bekerja sambil belajar. agak gugup dengan diri sendiri bila nak tiba musim peperiksaan. walaupun cuma ada 4 subjek untuk semester ini tapi itu sudah cukup memberi kesan pada otak yang tengah berkarat nak jalan semula. aduiii laaa.

moga lancar segala urusan.
doakan ana! exam start 20 januari-23 januari straight..

#rindu pada antum
tengah nak adapt semula mood menulis. i really need myself back there. huhuk😢😢😢