Sabtu, 17 Mac 2012

untuk kamu teman karibku

Banyak perkara yang tak terlafaz
tiada terluah
kemungkinan besar dirimu juga begitu
maaf dariku
mungkin kita bersama
namun hakikatnya kita tak sehaluan
tidak sefikiran
tidak sekepala
caramu dan caraku juga berbeza
mengalah dalam banyak perkara
itu lebih baik untukku
namun bukan untukmu
"kita tengok hasilnya nanti bagaimana"
sering ku nyatakan...
demi menutup rasa tidak berkenan dihati
dan selalunya sebagaimana yang kujangka
hasilnya agak mengecewakan
namun aku hanya mampu tersenyum untuk itu
berharap dirimu mengerti
erti senyumanku itu
sesungguhnya kita masing-masing
sudah dewasa dalam memikirkan sesuatu
tapi hakikatnya dirimu tidak mengambil pengajaran dari apa yang berlaku
malahan mengulanginya...
terkadang aku berfikir seribu satu kali
perlukah aku dalam keputusanmu lagi?
sedang selama ini dirimu tidak pernah memperdulikan rasa hati ini
bukankah dirimu mengatasi diriku dalam segala perkara??
"sapa la kamek tok nak?"
tidak setanding dengan dirimu
tapi
adakah itu aset dirimu tidak mengendahkan saranku
"dont look at who telling but at what was tell"
dan sering aku cuba mengkhabarkan kepadamu
dan setiap kali dirimu tidak mengendahkannya
juga setiap kali ku ingin memberitahunya
kisahmu membuat aku mematikan niatku
kerna simpatiku mengatasi amarahku
kini
aku hanya mampu berdoa
semoga ALLAH sucikan hatimu
agar diberikan kefahaman kepadamu
kalau...
bukan kerana amanahku
bukan kerana rasa sayangku padamu
bukan kerana rasa simpatiku padamu
bukan kerana cintaku padamu
bukan atas nama ALLAH aku mengenalimu
bukan kerana engkau teman karibku
sudah kutinggalkan dirimu
sendirian menghadapi
segala sesuatu
ya ALLAH
peliharalah hati2 ini
peliharalah ikatan ini
pimpinlah kami menuju redhaMU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan