Ahad, 9 Disember 2012

3 + 1 Is~

Bismillah~
assalamualaikum
Alhamdulillah~.. moga hari esok masih milik ana..apa yang dapat ana simpulkan untuk usrah tadi..

3 + 1 Is...
pertama: istiqhlas
kedua: istiqomah
ketiga: istighfar
+1 : istidraj

yang pertama..berkaitan istiqhlas..hmm apa kaitannya kan? padahal xda pun di sebut..
istiqhlas bermaksud melakukan sesuatu tanpa mengharap balasan atas perbuatan yang dilakukan..secara ringkaslah kan ana bagi tahu..adik beradik ikhlas tapi keturunan atau generasi baru..kira ikhlas tu nenek moyang dia la..hee..
tadi sahabat ada sebut mengenai hadis satu..yang mana beliau menyentuh hal niat utk attend surau..kita kenalah perbetulkan niat dan matlamat..bukan semata2 ingin berjumpa sahabat or ilmu tapi sebaiknya biarlah kerana ALLAH..dan jangan berharap dengan ganjaran yang bakal kita perolehi apabila datang surau..bersyukurlah kerana ALLAH gerakkan hati kita untuk bergerak menuju surau...seorang sahabat memberi persoalan setelah memberitahu bahawa besar ganjaran daripada ALLAH mengenai menuntut ilmu.. "ada rasa bangga sik bila kita gi surau?? sebab kita insan terpilih untuk pergi.." dengan perkongsian maksud hadis yang kira2nya berbunyi;
"seandainya kamu berjihad berjuang menuntut ilmu maka sepanjang2 itu kamu mendapat rahmat ALLAH" 
ana tahu ayat kt atas tu sohih..tapi ana benar2 terlupa..ALLAHu, maaf atas keaslian sumbernya =_="
okeyh~ ana diam2 tadi sebab terfikir tetiba perihal istiqhlas...bagaimana mereka menganggap erti disebalik maknanya..ganjaran yang ALLAH bagi untuk insan2 yang terpilih untuk menghadiri majlis ilmu walaupun majlis ilmu itu bukanlah yang besar2an adalah besar..seandainya sudah dinyatakan dalam hadis yang begitu popular kita dengar, yang kira2nya bermaksud;
Al-Walid bin Muslim meriwayatkan dari Khalid bin Yazid, dari Usman bin Aiman, dari Abu Darda’ bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam. bersabda:
“Barangsiapa yang pergi untuk mencari ilmu maka Allah subhanahu wata’ala membukakan kepadanya jalan menuju surga dan para malaikat pun membentangkan sayap untuk menaunginya. Dan para malaikat di langit serta ikan-ikan di lautan bershalawat untuknya. Keutamaan seorang ulama atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan pada malam purnama atas semua bintang. Ulama adalah pewaris para nabi, para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu, maka dia telah mendapatkan bagian yang banyak (dari warisan itu). Kematian seorang ulama merupakan musibah yang tidak bisa diobati, lubang yang tidak dapat disumbat, dan bintang yang hancur. Kematian satu kabilah lebih ringan daripada kematian seorang alim.” (HR Baihaqi)
sabda Rasulullah SAW lagi: “ Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredhaan keatas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah S.W.T. ) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama keatas gugusan bintang di langit .”(Hr At-Tirmizi)
 hmm kita lihat..betapa mulianya para penuntut ilmu..sedangkan itu kita masih bertanya, sebesar apakah ganjaran???seberapa banyak kah ganjaran??..tidak cukupkah dengan para malaikat dan ikan2 dilautan mendoakan??boleh hitung kah jumlah ikan dilaut??..betapa besarnya ganjaran ALLAH..lebih2 lagi bila kita niatkan dengan penuh keikhlasan untuk datang dan apatah lagi seandainya kita istiqlas?? yang mana datang dengan rela hati tanpa ada rasa ingin merebut ganjaran ALLAH..dapat bayangkan betapa besar rahmat ALLAH???suatu benda ana nak tegaskan, bangga tu bangga juga kalau g surau tapi jangan gunakan untuk berlagak dihadapan manusia..sebab, sering berlaku even disekeliling ana sendiri...word yang slalu diguna pakai.."mekorg g suro tek, rugi ktkx g..best..blablabla"
even untuk menarik minat orang lain untuk join sekaki g surau...harap faham lah kan apa yang ana maksudkan...hati, memang sukar untuk dijaga..takut dengan berkata demikian ALLAH palingkan hati@niat kita..naudzubillah min zalikh

then seorang sahabat berkongsi lagi suatu hadis yang kira2nya bermaksud;
Sabda Rasulullah saw:"Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." (HR Muslim)
sudah terang lagi bersuluh...kita move kepada is yang kedua yakni istiqomah.. semua orang mesti ada niat nak berubah right?? mustahil xda even setitik detik dihati untuk berubah.hehe..kata sahabat tadi, biarlah kita mengambil masa yang begitu lama untuk berubah yang pasti perubahan itu ada..jangan kita mengharap menanti tua baru hendak berubah.itu salah..biarlah perubahan itu sedikit demi sedikit..macam yang dinyatakan dalam hadis...lagi satu yang harus ada adalah usaha, itu yang paling penting..apa2 pun segalanya bergantung dengan usaha..banyak usahanya, banyaklah perubahannya..hmm..fahamkan?hmm amat mudah untuk memahami dan berbicara tentang istiqomah tetapi untuk melaksanakannya masyaALLAH begitu SUSAH!!! dan sebab itu kita digalakkan untuk melakukan sedikit demi sedikit...lama2 jadi bukit..hehe..

then apabila ana terlalu banyak berceloteh di sini..segalanya membuat ana tersentap dengan Is yang ketiga yakni istighfar..atau lebih dikenali secara mudah adalah taubat..daripada perkongsian sahabat juga tadi(mala jk sahabat kongsi..banyak na sahabat...ana sekarang hanya menerima dan manganalisis bukan untuk berbicara..kwenggg~ analisa lah sangat kan??!!!hehe)
berbalik kepada istighfar..kisah imam hassan al-basri yang bagi ana berkenan dengan ayat beliau
"Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."(hassan al-basri)
haa~ ayat memang sentap!!! kalau sesiapa yang sentiasa kata..."cerminlah diri sendiri dulu" or "jangan nak jaga tepi kain orang" kepada orang yang selalu tegur..ingatlah teguran manusia itu sama dengan teguran daripada ALLAH cuma di perantarakan melalui manusia..ingatlah jua, peringatan ataupun teguran itu menandakan bahawa ALLAH masih sayang kita..bersyukurlah kerana ALLAH masih nak tegur kita kalau buat salah..alhamdulillah^___^
apa kaitannya dengan istighfar??boleh cek kat link yang ana bagi kat bawah..kenapa istighfar..sahabat kongsikan cerita yang sama

nasihat untuk hassan al basri
hassan al basri dan istighfar

haa...kesimpulannya..perbanyakkanlah istighfar kita kepadaNYA...sesungguhnya DIAlah yang menciptakan seluruh alam semesta serta seisinya..satu benda la ana nak kongsi pasal istighfar...seperti yang kita tahu istighfar adalah seringan2 taubat..istighfar juga antara himpunan ayat zikir yang paling hebat.istighfar ni memberi kesedaran apabila kita menyedari bahawa kita sedang melalui istidraj..hmm istidraj yang membawa erti iaitu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. hmm, tak faham?
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
masih tak faham..okayh~ secara nice pick nya..istidraj ni adalah sesuatu perkara yang membuat kita jauh daripadaNYA..selalunya tanpa kita sedari..sebagai contoh..memandangkan kita seorang pelajar..pernah tak kita melafazkan kata2 yang lebih kurang begini.."suara dah kacak dah nya jadi Qari, sayang ada jak prangey nya gya"..hmm itu salah satu istidraj ALLAH kepada insan tersebut...ataupun.. "cmney nya ya boleh skor ow, padahal muslim tapi xda pun pernah sembahyang"..haa, dah nampak apa maksud istidraj? rasanya ana dah terlalu trang tang2 jak bagitahu...apa kaitan dengan istighfar tadi? ana just nak kaitkan, bila mana kita tersedar dari lamunan istidraj...beristighfar lah......
sebagai contoh..mereka adalah insan yang terbaik dipandangan manusia dan kita pun elok jer mengutuk, menghina mereka kerana suatu perkara yang kita tak boleh terima..lagi2 bila mereka adalah saudara semuslim kita.. ana cuma nak beri suatu pemikiran serta persoalan..kenapa kita nak kutuk diorang sampai mendoakan kehancuran mereka seperti, "mudahan lah kepandaiannya ya ditarit"...kenapa tidak kita doakan agar mereka kembali kepangkal jalan???


wassalam...
segala yang ana tulis tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diri sendiri dan juga ingin dikongsikan kepada yang sudi membaca ana merapu..tapis2 lah apa yang ana kongsikan..yang baik jadikan teladan dan yang buruk jadikan tauladan..

salam berTeKe Fik Mu!!!!
tepuk dada, ketuk kepala, fikir dengan akal dan muhasabah dengan hati =)
jaga ADIK
jaga SPAQA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan